Home » Langit Terbuka » Ismee Ismail pengerusi baru TV AlHijrah

Ismee Ismail pengerusi baru TV AlHijrah

KUALA LUMPUR 22 Sept. – TV AlHijrah mengumumkan perlantikan Tan Sri Ismee Ismail sebagai Pengerusi TV AlHijrah menggantikan Tan Sri Mohd Yusof Noor hari ini menerusi satu kenyataan media.

Perlantikan pengerusi baru ini dilihat mampu membawa industri penyiaran Islam ke peringkat yang lebih tinggi dalam industri penyiaran dirantau ini.

Tambahan lagi dengan kepimpinan dan pengalaman luas Ismee dalam bidang korporat, kewangan dan perniagaan, TV AlHijrah diyakini akan terus maju bukan sahaja dalam industri penyiaran Islam bahkan hingga ke peringkat global.

Perlantikan tersebut mula berkuat kuasa pada 17 September lalu menyaksikan Ismee yang merupakan tokoh korporat  serta telah menjawat jawatan dalam pelbagai sektor.

Jawatan terakhir beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji sejak tahun 2006 hingga Jun 2016.

Kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin terserlah apabila berjaya membawa Tabung Haji ke satu tahap pencapaian yang membanggakan.

-SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *