Home » Langit Terbuka » Israel anjur pesta arak di tanah perkuburan bersejarah Islam

Israel anjur pesta arak di tanah perkuburan bersejarah Islam

RAMALLAH, 1 Sept.  – Israel telah meluluskan rancangan untuk mengadakan festival arak di tanah perkuburan Islam Baitumuqaddis yang diadakan sejak semalam sehingga hari ini.

Tanah perkuburan Islam Maamanallah itu adalah makam perkuburan bersejarah di Jerusalem, namun ia telah ditukar sebagai sebuah taman oleh Israel.

Aktivis Palestin, Mazen Abu Qalbain berkata, festival yang dianjurkan oleh Israel itu adalah bertujuan untuk memalukan dan menghina budaya orang Islam.

“Festival ini benar-benar mencetuskan provokasi ganas terhadap orang Islam.

“Bagaimana orang Islam boleh menerima golongan Yahudi menggunakan tanah perkuburan Islam untuk mereka berpesta, menari dan minum arak,” katanya.

Katanya, Jerusalem adalah kawasan yang luas, maka Israel boleh mengadakan festival itu di mana sahaja selain daripada tempat-tempat suci orang Islam.

“Namun, Israel sengaja memilih tanah perkuburan bersejarah Islam ini bertujuan untuk menghantar mesej yang jelas kepada umat Islam di seluruh dunia,” katanya.- Agensi

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *