Home » Langit Terbuka » Israel cemari kesucian al-Aqsa

Israel cemari kesucian al-Aqsa

BAITULMAQDIS – PALESTIN. Kumpulan pelampau Yahudi diiringi rejim Zionis bertindak biadab menyerbu pekarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur hingga mencetuskan pertempuran dengan penduduk Palestin, awal pagi semalam.

Tentera Israel turut melepaskan gas pemedih mata dan tembakan peluru keluli bersalut getah untuk menyuraikan mereka.

Saksi mendakwa beberapa orang cedera ditembak dan kira-kira empat penduduk Palestin juga diberkas dalam insiden itu.

Sementara itu, Pusat Kajian Banduan Palestin (PPCS) mendedahkan kira-kira 330 penduduk Palestin telah ditahan oleh rejim Zionis sejak awal Ramadan lalu.

Jurucakapnya, Riyad al-Ashqar berkata kebanyakan tahanan adalah wanita, warga emas dan lebih 60 kanak-kanak. – Press TV

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *