Home » Langit Terbuka » Israel menyerang Gaza lagi

Israel menyerang Gaza lagi

Letupan akibat serangan terkini rejim Israel di Gaza awal pagi tadi. - Foto AFP

GAZA – Tentera Israel melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza awal pagi tadi, dengan mendakwa sebagai tindak balas selepas pejuang Palestin di wilayah itu menghantar belon api ke selatan Israel, kata sumber keselamatan dan saksi.

Menurut sumber Palestin, tentera udara Israel menyasarkan di bandar Khan Younes, di timur Gaza.

Seorang wartawan foto AFP di Khan Younes melihat letupan itu.

Israel berkata, ia sebagai tindak balas terhadap ‘belon api’ dan jet pejuang tentera rejim itu menyerang markas tentera milik pejuang Hamas dan menyasarkan kemudahan dan tempat pertemuan untuk operasi pejuang itu di Khan Younes.

Serangan tentera Israel itu adalah yang pertama terhadap Gaza sejak kerajaan gabungan baharu mengambil alih pemerintahan selepas menggulingkan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Belon api itu didakwa menyebabkan sekitar 20 kebakaran di selatan Israel, selepas kerajaan baharu Israel memberi lampu hijau kepada nasionalis Yahudi untuk mengadakan perarakan kontroversi melalui Baitulmaqdis Timur yang ditakluki.

Sebelum ini, perarakan itu yang dijadualkan berlangsung pada Khamis lalu, namun ditunda susulan bantahan terhadap laluan terbabit serta amaran daripada Hamas.

Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh, semalam turut mengecam perarakan dikenali sebagai ‘March of Flags’ itu yang disifatkan sebagai provokasi dan menimbulkan kebimbangan akan ketegangan tercetus semula dengan Palestin. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *