Home » Langit Terbuka » Israk Mikraj: Umat Islam diseru pupuk semangat kerja lebih kuat – Anwar

Israk Mikraj: Umat Islam diseru pupuk semangat kerja lebih kuat – Anwar

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini diseru membugarkan pengalaman unik yang dialami Nabi Muhamad SAW melalui perjalanan Israk dan Mikraj dengan memupuk semangat bekerja lebih kuat dan berdisiplin bagi mencapai “itqan fil amal” serta teguh terhadap pengabdian penuh kepada Allah SWT.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keistimewaan yang dianugerahkan kepada Rasulullah SAW melalui perjalanan spiritual itu hadir bersama amanah solat, meninggalkan kesan yang besar kepada roh dan kekuatan dalaman umat.

“Simbol kepimpinan Baginda Rasulullah SAW mengetuai solat dalam kalangan para Rasul yang lain jua menggambarkan kepentingan umat Islam yang dipayungi oleh Rasulullah SAW,” kata beliau dalam hantaran menerusi media sosial bersempena dengan sambutan Israk dan Mikraj hari ini.

Anwar berkata pengajaran daripada peristiwa besar ini juga penting dalam konteks sejarah umat Islam khususnya peranan dua kota suci Makkah dan Baitulmuqaddis.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata ingatan dan doa kepada nasib rakyat Palestin yang tertindas dan terus mengalami penjajahan harus menjadi sebahagian daripada sikap konsisten rakyat dalam memperjuangkan maruah dan keadilan untuk rakyat Palestin.

Israk Mikraj yang disambut umat Islam seluruh dunia pada 27 Rejab dalam setiap tahun kalendar Hijrah, memperingati peristiwa penting apabila solat waktu difardukan dan Nabi Muhammad SAW menyaksikan sendiri kebesaran Allah. –AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *