Home » Langit Terbuka » Istilah daripada buku, bukan menghina

Istilah daripada buku, bukan menghina

“Saya orang terakhir yang melontarkan ekspresi menghina kaum dan agama,” tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas frasa “keling” pada program Temu Anwar Dialog Mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak Khamis lalu.

Jelasnya, frasa berkenaan diambil menerusi petikan daripada buku bertajuk Hikayat Hang Tuah, dan tidak bermaksud untuk menghina mana-mana pihak.

Ujar beliau, buku tersebut mengisahkan Laksamana Melayu itu yang menguasai banyak bahasa termasuk Melayu Arab, Siam dan Keling yang diambil daripada istilah Kalinga.

“Kalau ada yang salah faham, saya minta maaf, bukan niat saya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalamSesi Dialog Perdana Menteri bersama Ketua Pengarang serta Pengarang-Pengarang Kanan Media Elektronik, Media Cetak dan Dalam Talian” di Putrajaya pada 23 Disember.

Dalam sesi itu juga, Perdana Menteri mengimbas kembali pengalaman sewaktu membesar di Bukit Mertajam bersama kanak-kanak dan masyarakat pelbagai kaum dan latar belakang.

Ujarnya, pengalaman tersebut mengajak beliau sikap toleransi sesama kaum yang diamalkan hingga kini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *