Home » Langit Terbuka » Isu pusat judi tidak akan selesai tanpa kerjasama PBT

Isu pusat judi tidak akan selesai tanpa kerjasama PBT

Walaupun polis mempunyai kuasa untuk menutup premis perjudian tetapi premis itu akan dibukan semula sekirnya PBT mengeluarkan lesen.

JOHOR BAHRU 11 Feb. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghadapi kesukaran membasmi pusat judi dalam talian kerana lesen premis tertakluk di bawah kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Biarpun serbuan dan operasi telah dijalankan PDRM, namun pusat judi dalam talian ini kembali beroperasi atas permit yang telah diberikan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata PBT perlu bekerjasama dengan polis dalam menangani isu pusat judi dalam talian, khususnya di Selangor.

“Ini menjadi masalah kepada pihak polis kerana walaupun mereka ada kuasa untuk menutup premis tersebut, kalau PBT masih berikan lagi lesen, maka premis itu akan dibuka semula.

“Itu masalah yang dihadapi oleh pihak polis di Selangor,” katanya.

Jelasnya, permit yang dikeluarkan di bawah Pusat Hiburan Keluarga adalah sah, tetapi sekiranya premis didapati menjalankan kegiatan judi haram dan diserbu polis, ia perlu ditutup dan permit perlu ditamatkan.

“Sepatutnya kalau sudah diserbu dan telah disahkan sebagai tempat judi haram dalam talian, ia patut ditutup terus oleh PBT,” tambahnya.

Media semalam melaporkan kegiatan judi dalam talian yang masih giat dijalankan di Selangor walaupun Bukit Aman telah mengisytiharkan perang terhadap kegiatan ini.

Antara kawasan yang masih aktif menjalankan aktiviti judi dalam talian ialah Ampang, Subang Jaya, Shah Alam, Meru dan Klang. – ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *