Home » Langit Terbuka » Jaga disiplin, nama baik Malaysia ketika di Tanah Suci

Jaga disiplin, nama baik Malaysia ketika di Tanah Suci

MOHD Na'im, gambar fail. FOTO Bernama
MOHD Na'im, gambar fail. FOTO Bernama

Sepang: Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa berdisiplin dan mengekalkan nama baik negara ketika berada di Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam kelima itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

“Orang Melayu Islam terutamanya memang terkenal dengan disiplin, atas dasar tersebut saya nasihatkan tuan puan untuk kekalkan disiplin, kekalkan nama baik Malaysia ketika di Tanah Suci agar tidak menjejaskan imej negara dan hubungan baik negara dengan Arab Saudi,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Mengucapkan Selamat Jalan kepada Jemaah Haji Musim Haji 1444 Hijrah di sini hari ini.

Beliau kemudiannya bersalam dengan sebahagian daripada 356 bakal jemaah haji yang akan berlepas ke Madinah menerusi penerbangan SV5669 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5.35 petang ini.

Mohd Na’im turut mengingatkan jemaah haji supaya mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi dan mengikuti arahan Tabung Haji serta fokus kepada ibadat untuk memperoleh haji mabrur.

eliau turut menekankan kepentingan bertoleransi dan mengamalkan sifat sabar sesama jemaah haji yang terdiri daripada pelbagai bangsa, adat resam dan warna kulit serta tidak mensia-siakan peluang beribadah di Tanah Suci.

Penerbangan pertama jemaah haji negara bermula pada 21 Mei dan penerbangan terakhir adalah pada 21 Jun depan, manakala jemaah haji akan beransur pulang ke tanah air bermula 6 Julai dan penerbangan pulang terakhir adalah pada 2 Ogos 2023.

ebanyak 98 penerbangan sewa khas digunakan untuk membawa kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia yang membabitkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Saudia Airlines pada tahun ini berbanding 48 bagi 2022.

Hari Wuquf iaitu 9 Zulhijah tahun ini dijangka jatuh pada Selasa iaitu 27 Jun. – Hmetro

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *