Home » Langit Terbuka » Jaim benarkan kehadiran 500 jemaah di masjid

Jaim benarkan kehadiran 500 jemaah di masjid

Meskipun kebnaran baharu diberikan, jumlah maksimum kehadiran jemaah masih bergantung kepada keluasan masjid atau surau berdasarkan penjarakan fizikal 1.5 meter. - Foto Karangkraft.

MELAKA – Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) membenarkan kehadiran maksimum 500 jemaah di tujuh masjid kerajaan di negeri ini bermula esok, selaras bermulanya negeri Melaka berada di Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) hari ini.

 Pengarahnya, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, bagi masjid kariah dan institusi pula, maksimum kehadiran adalah 200 jemaah sementara 100 orang bagi kehadiran di surau.

 

 

“Ketetapan itu adalah bagi solat Jumaat, fardu dan jenazah. Bagaimanapun, jumlah maksimum kehadiran jemaah itu bergantung kepada keluasan masjid atau surau berdasarkan penjarakan fizikal 1.5 meter.

 

“Sebagai contoh jika masjid hanya mampu memuatkan 300 jemaah dengan penjarakan, maka jumlah maksimum 300 orang adalah terpakai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

 

Kenyataan itu juga menjelaskan antara aktiviti pengimarahan yang dibenarkan di masjid dan surau di negeri ini adalah majlis akad nikah sebagaimana prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan JAIM, kuliah maghrib pada waktu antara maghrib dengan isyak, tazkirah atau bacaan Yasin sebelum solat Jumaat dan aktiviti singgah solat di masjid atau surau.

 

“Selain hanya warganegara Malaysia dan penduduk tetap, kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke atas juga dibenarkan bersolat secara berjemaah di masjid atau surau dengan mematuhi semua SOP ditetapkan,” katanya.

 

Sebelum ini, kebenaran kehadiran jemaah di masjid kerajaan adalah 250 orang manakala masjid kariah pula 100 jemaah manakala surau ditetapkan 50 orang sahaja. – Harian Metro

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *