Home » Langit Terbuka » JAIS SIASAT SURAU GUNA PEMBESAR SUARA LUAR SEMASA KULIAH

JAIS SIASAT SURAU GUNA PEMBESAR SUARA LUAR SEMASA KULIAH

Gambar Hiasan - Foto Arkib

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menyiasat sebuah surau di Ampang Campuran yang didakwa menggunakan pembesar suara luar semasa program kuliah subuh di surau tersebut.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 12 (a) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 kerana disyaki melanggar titah Sultan Selangor atas sifat baginda sebagai ketua agama Islam negeri itu.

“Adalah dimaklumkan bahawa JAIS pada 23 Oktober 2017 telah mengeluarkan arahan kepada pentadbir masjid dan surau seluruh Selangor untuk tidak membenarkan penggunaan pembesar suara luar untuk sesi kuliah yang dijalankan.

“Sultan Selangor pada 16 Oktober 2017 telah menitahkan penggunaan pembesar suara untuk ceramah dan kuliah hendaklah dihadkan di dalam ruang atau dewan masjid dan surau sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut  Mohd Shahzihan pembesar suara luar hanya boleh digunakan bagi tujuan azan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran bagi tempoh pendek sebelum azan dilaungkan.

Katanya titah Sultan Selangor itu dibuat agar imej dan kemuliaan agama Islam sebagai suatu sistem cara hidup yang sempurna, dinamik, serta sentiasa mementingkan kesejahteraan masyarakat seluruhnya dapat dirasai semua pihak dan seterusnya menjadi contoh teladan yang baik.

Semalam media melaporkan seorang lelaki ditangkap selepas didakwa mengamuk di sebuah surau di Ampang Campuran berkaitan penggunaan pembesar suara semasa program kuliah subuh. – AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *