Home » Langit Terbuka » SUSPEK PEMBUNUHAN EMPAT LELAKI ISLAM DITAHAN DI NEW MEXICO AS

SUSPEK PEMBUNUHAN EMPAT LELAKI ISLAM DITAHAN DI NEW MEXICO AS

Empat lelaki Islam terbunuh dalam serangan hendap di bandar itu sejak November, dan tiga daripada mereka ditembak mati dalam tempoh 10 hari. Foto Arkib

HOUSTON – Seorang suspek ditahan berhubung pembunuhan empat lelaki Islam sejak sembilan bulan lalu di Albuquerque, bandar terbesar di negeri New Mexico di AS, menurut polis pada Selasa.

Polis “menjejaki kenderaan yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan seorang lelaki Islam baru-baru ini di Albuquerque,” lapor Xinhua memetik ciapan Twitter ketua polis bandar itu Harold Medina.

“Pemandu itu ditahan dan dia merupakan suspek utama kami bagi kes pembunuhan itu,” katanya.

Medina bagaimanapun tidak mendedahkan identiti suspek, dan belum dapat dipastikan sama ada lelaki berkenaan adalah suspek dalam semua pembunuhan itu.

Empat lelaki Islam terbunuh dalam serangan hendap di bandar itu sejak November, dan tiga daripada mereka ditembak mati dalam tempoh 10 hari. Pihak berkuasa percaya pembunuhan itu, yang telah mendapat perhatian di peringkat nasional dan antarabangsa, berkemungkinan mempunyai kaitan dan menyasarkan lelaki Islam berdasarkan bangsa dan agama mangsa.

Naeem Hussain, seorang lelaki Asia Selatan berusia pertengahan 20-an, ditembak mati di tempat letak kereta pada tengah malam Jumaat, beberapa jam selepas menghadiri pengebumian Aftab Hussein, 41 tahun dan Muhammad Afzaal Hussain, 27 tahun, yang terbunuh, dalam serangan hendap berhampiran rumah mereka masing-masing pada 26 Julai dan 1 Ogos.

Polis juga sedang menyiasat sama ada ia turut mempunyai kaitan dengan pembunuhan Mohammad Ahmadi, 62, pada November 2021. Ahmadi, seorang lelaki Islam berketurunan Asia Selatan, ditembak mati di belakang pasaraya halal milik mangsa dan abangnya.–AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *