Home » Langit Terbuka » Jakim atur pertemuan harmonikan imej institusi dakwah

Jakim atur pertemuan harmonikan imej institusi dakwah

Jakim telahpun memanggil kumpulan pendakwah selebriti untuk berkumpul dalam satu majlis pada hujun bulan ini, untuk sampaikan mesej kerajaan iaitu mengharmoni dan menjaga nama baik pendakwah dan agama, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). - Foto Bernama

KOTA BHARUJabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil kumpulan pendakwah selebriti penghujung bulan ini bagi menyampaikan mesej kerajaan ke arah mengharmonikan institusi dakwah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Ahmad Marzuk Shaary berkata, pertemuan itu bagi mendapatkan maklum balas serta berbincang bagaimana memelihara imej agama Islam.

“Kita di peringkat Jakim telahpun memanggil kumpulan pendakwah selebriti untuk berkumpul dalam satu majlis pada hujun bulan ini, untuk sampaikan mesej kerajaan iaitu mengharmoni dan menjaga nama baik pendakwah dan agama kita.

“Dari situ kita akan dapat input bagaimana hendak tangani isu ini kerana kita tahu timbulnya perkara ini (cerita kurang enak) sangat tidak beri imej baik kepada agama kita sendiri,” ujar Ahmad Marzuk.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian negatif membabitkan pendakwah serta pengetua sekolah agama dan ustaz yang menimbulkan persepsi negatif di mata masyarakat.

Ahmad Marzuk pada masa sama meminta agar imej buruk itu tidak disensasikan kerana ia boleh mempengaruhi masyarakat. -Awani

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *