Home » Citra Yadim » Bantuan banjir untuk Kampung Belakang Taman Sang Kancil

Bantuan banjir untuk Kampung Belakang Taman Sang Kancil

KULIM – Bertindak atas makluman rakan rakan badan bukan kerajaan (NGO), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 13 December telah melaksanakan misi bantuan banjir di sini.

Sejumlah 35 keluarga dari Kampung Belakang Taman Sang Kancil menerima sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka yang menjadi mangsa banjir.

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah YADIM Kedah, Hafsah Husain.

Hadir sama ialah Naib Pengerusi I Care Kulim, Tuan Haji Shamsul Baharin Md Yusof serta Pengerusi Sukarelawan YADIM Pendang, Abd Ghani Sudin, Basor Harun (Sungai Petani) dan Abu Bakar Khalid (Padang Serai).

Ini merupakan kali keempat YADIM Kedah terbabit dalam menyantuni mangsa mangsa di negeri ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *