Home » Langit Terbuka » JAKIM lantik MPJA wakil badan halal di Jepun

JAKIM lantik MPJA wakil badan halal di Jepun

SERI KEMBANGAN 2 Februari : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melantik Presiden Persatuan Muslim Jepun Profesional (MPJA) Akmal Abu Hassan, sebagai wakil bagi badan pengesahan halal di Jepun.

Pelantikan itu sebagai mandat membolehkan Persatuan Muslim Jepun Profesional membolehkan industri Jepun mendapatkan status halal bagi produk makanan untuk pasaran Malaysia dan negara Islam lain.

Majlis anugerah itu disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Akmal, ahli perniagaan dan jururunding korporat, ketika ditemui di pejabatnya di Seri Kembangan, berkata pengiktirafan itu memberi peluang kepadanya mengembangkan industri berasaskan makanan, minuman dan kosmetik dari Jepun ke Malaysia.

“Usaha ini juga membuka peluang perniagaan dalam kalangan peniaga yang berminat mendapatkan bekalan bahan mentah dari Jepun yang berkualiti dan dijamin halal,” katanya yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang perniagaan di Jepun.

Pada majlis yang sama JAKIM turut menganugerahkan sembilan lagi wakil badan pengiktiraf dari pelbagai negara antaranya Sepanyol dan Maldive. Akmal warga Malaysia yang mempunyai taraf pemastautin tetap di Jepun.

https://www.menara.my

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *