Home » Citra Yadim » RIS himpun cendiakawan Islam

RIS himpun cendiakawan Islam

KUALA LUMPUR 2 Februari – Buat julung-julung kalinya program Reviving The Islamic Spirit (RIS) akan dianjurkan di Malaysia, selepas 15 tahun diadakan di Kanada hasil kolaborasi di antara pihak penganjur iaitu AL Naqiy Islamic Solutions Sdn Bhd,  International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Program berkenaan yang akan menghimpunkan tokoh-tokoh ulama antarabangsa bakal berlangsung pada 4 hingga 5 Mac ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya  (PICC) Putrajaya .

Program ini diadakan buat julung-julung kalinya di luar Kanada dan untuk kali ini, empat komponen utama akan dianjurkan iaitu Reviving The Islamic Spirit (RIS) Convention, Reviving The Islamic Spirit (RIS) Knowledge Retreat, International Muslim Scholar and Leaders Summit dan Festival Kelantan.

Antara penceramah yang akan turut serta termasuk Shaykh Hamza Yusuf, Imam Zaid Shakir, Ustaz Nouman Ali Khan, Dr. Umar Faruq Abdallah, Imam Siraj Wahhaj, Shaykh Sulaiman Mulla, Shaykh Muhammad Ninowy, Imam Khalid Latif, Dawud Wharnsby Ali dan Imam Afroz Ali.

Secara ringkasnya, RIS merupakan sebuah program keagamaan yang telah bertapak selama 15 tahun di Canada dengan penyertaan tidak kurang dari 20,000 peserta setiap tahun.

Umumnya, program ini adalah bagi memberi peluang kepada masyarakat Islam berkumpul di dalam satu konvensyen bersama-sama ulama-ulama bagi membincangkan pelbagai topik secara mendalam dan bersemuka.

Maklumat lanjut program ini boleh dilayari  di https://risconvention.com/krmalaysia/

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *