Home » Langit Terbuka » Jakim santuni golongan LGBT

Jakim santuni golongan LGBT

Jakim berpendirian tidak bersetuju dengan perlakuan LGBT, namun tidak menafikan hak pelaku LGBT untuk dibimbing. - Foto hiasan NSTP

KUALA LUMPUR – Seramai 1,700 peserta daripada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sudah menyertai program Mukhayyam sehingga 31 April lalu yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

  Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata, ia adalah platform yang diwujudkan khusus untuk menyantuni golongan berkenaan sekali gus memberi pendedahan kepada kebenaran.

Apa yang membanggakan kita lagi, kini sudah terdapat sebanyak 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Komuniti Hijrah dalam kalangan bekas peserta yang pernah mengikuti program Mukhayyam dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.

  “Komuniti ini melaksanakan kelas pengajian al-Quran dan usrah sebagai kumpulan sokongan kepada komuniti untuk mendapatkan bimbingan agama yang dibimbing oleh pegawai agama dari Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri,” katanya.

Mohd Izwan berkata, Jakim berpendirian tidak bersetuju dengan perlakuan LGBT, namun tidak menafikan hak pelaku LGBT untuk dibimbing dan dinasihati.

  Beliau berkata, justeru, mengambil pendekatan untuk berdakwah dan membimbing golongan LGBT menerusi program Mukhayyam iaitu program selama tiga hari dua malam yang menekankan lima elemen utama.

  “Elemen berkenaan adalah kesedaran kerohanian, bimbingan fardhu ain, kesedaran kesihatan, motivasi kerjaya dan aktiviti berkumpulan.

  “Kita sekali ingin menegaskan bahawa mereka yang hadir tidak pernah dipaksa, bahkan datang secara sukarela khususnya untuk mendapatkan bimbingan agama,” katanya.

  Beliau berkata, program Mukhayyam adalah program bimbingan kepada golongan LGBT agar berusaha menjalani kehidupan fitrah yang diajar di dalam Islam. – Harian Metro

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *