Home » Langit Terbuka » Jangan jadikan Tabung Haji mangsa pemikiran perkauman

Jangan jadikan Tabung Haji mangsa pemikiran perkauman

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, langkah meletakkan Tabung Haji di bawah pengawalseliaan Bank Negara Malaysia adalah bagi mewujudkan semak dan imbang di dalam institusi tersebut - Foto Themalaysianreserve

PULAU PINANG  – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) tidak seharusnya dijadikan mangsa pemikiran rasis menerusi Petisyen Membantah Lembaga Tabung Haji di Bawah Lim Guan Eng dan Kementerian Kewangan yang dilancarkan semalam menerusi Internet.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, ini kerana langkah meletakkan Tabung Haji di bawah pengawalseliaan Bank Negara Malaysia (BNM) adalah bagi mewujudkan semak dan imbang di dalam institusi tersebut.

“Kita mesti berganjak daripada pemikiran rasis sebab BNM mengawal selia bukan sahaja semua bank tetapi juga institusi kewangan yang lain.

“Kalau tidak ada kawal selia maka di Tabung Haji tidak ada semak dan imbang, selama ini kerana tidak ada semak dan imbang mereka yang lakukan kesalahan di dalam Tabung Haji dibiarkan begitu sahaja,” katanya selepas melawat pejabat operasi bagi program Mutiara Food Bank di sini hari ini.

Semalam, hampir 20,000 warganet telah menandatangani Petisyen Membantah Lembaga Tabung Haji di Bawah Lim Guan Eng dan Kementerian Kewangan.

Petisyen yang dikelolakan oleh Esmee Mat Isa dalam laman change.org itu juga membantah Tabung Haji diletakkan di bawah pengawalseliaan BNM. – Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *