Home » Langit Terbuka » Jangan jauhi LGBT daripada Islam

Jangan jauhi LGBT daripada Islam

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) berkata, salah faham terhadap tindakan pemberian zakat antara lain berpunca daripada sikap masyarakat yang terlalu cepat menghukum

KUALA LUMPUR – Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) perlu ditangani dengan penuh ihsan dan hormat, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

Beliau berkata, cara terbaik menangani isu itu ialah tidak meminggirkan kumpulan itu dan tidak menjauhkan mereka daripada Islam.

“Pendirian kami ialah yang haram tetap haram dan tidak ada kompromi dalam hal itu, tetapi isunya ialah di mana kita harus bermula dalam mengendalikan isu ini.

“Misalnya, isu LGBT, Islam tidak membenarkan ajaran di luar daripada al-Quran,” katanya semasa sesi soal jawab di Persidangan Undang-undang Malaysia Antarabangsa 2018 bertemakan “Raising The Bar By Preserving and Furthering the Rule of Law”, semalam.

Beliau berkata, jika meminggirkan kumpulan itu seperti yang berlaku sebelum ini, bagaimana mereka dapat hidup dengan bermaruah kerana tidak diterima di tempat kerja dan tempat awam serta dianggap kotor.

“Pendekatan boleh berbeza dan tidak meminggirkan mereka. Malahan dalam pertemuan dengan Nisha Ayub (aktivis transgender), beliau bercakap tentang apa yang beliau lakukan – menemui transgender dari kalangan pekerja seks dan (berbincang) mengenai pekerjaan untuk mereka.

“Kita juga bincangkan bagaimana kita boleh bekerjasama dengan agensi-agensi lain dengan menyediakan mereka kemahiran dan peluang yang wajar di tempat kerja.

“Kami bincang tentang cara mendekatkan mereka kepada Islam…Kami tawarkan pekerjaan dan perbincangan kepada mereka, tetapi itu semua tidak dilaporkan media kerana itu orang ramai salah faham tentang pendekatan kami,” katanya semasa sesi pleno berjudul “100 days: Scorecard on GE14 Promises”.

Persidangan 4 hari itu bertujuan memperkasakan golongan peguam secara holistik dalam mendepani cabaran moden agar mereka bersiap sedia untuk merebut peluang yang muncul.

Antara yang hadir di persidangan itu ialah Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum, Peguam Negara, Tommy Thomas dan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim. – FMT

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *