Home » Langit Terbuka » Populasi Malaysia meningkat kepada 32.4 juta

Populasi Malaysia meningkat kepada 32.4 juta

Selangor menjadi negeri yang mempunyai penduduk teramai di Malaysia iaitu merangkumi 6.5 juta orang

KUALA LUMPUR – Jumlah keseluruhan rakyat Malaysia meningkat 1.1 peratus kepada 32.4 juta orang pada suku kedua 2018 berbanding 32 juta orang bagi tempoh sama tahun lalu.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin dalam satu kenyataan berkata, jumlah populasi penduduk itu terdiri daripada 16.7 juta lelaki dan 15.7 juta wanita.

Tambahnya, Selangor menjadi negeri yang mempunyai penduduk teramai iaitu merangkumi 6.5 juta orang manakala Putrajaya merekodkan kadar populasi terendah dengan hanya 90,400 orang atau mewakili 0.3 peratus sahaja.

Menurut Jabatan Statistik, kadar kelahiran jatuh sebanyak 3.2 peratus kepada 125,300 berbanding 129,400 tahun lalu.

Kadar kematian juga merekodkan penurunan sebanyak 1.4 peratus pada suku kedua kepada 41,100 berbanding 41,700 tempoh sama tahun lalu.

Jumlah kematian lelaki direkodkan sebanyak 23,500 manakala wanita 17,600.-MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *