Home » Langit Terbuka » Jangan kaitkan isu penahanan wakil rakyat dengan Zakir Naik

Jangan kaitkan isu penahanan wakil rakyat dengan Zakir Naik

SEREMBAN – Jangan kaitkan isu penahanan dua wakil rakyat yang kini disiasat kerana memberi sokongan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), dengan penceramah Dr Zakir Naik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, menegaskan polis berhak menahan mana-mana individu yang didapati terbabit dengan aktiviti keganasan tanpa mengira sama ada Islam atau bukan Islam.

Bagaimanapun penahanan itu perlulah disertakan dengan bukti kukuh pembabitan dalam aktiviti terbabit.

“Saya tidak tahu kenapa benda itu (penahanan wakil rakyat dan Zakir) dikaitkan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penjelasan Maqasid Syariah Peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini (15 Oktober).

Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Semalam, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy menggesa diwujudkan Kertas Putih mengenai Zakir sekiranya kerajaan mahu mewujudkan Kertas Putih mengenai LTTE di Malaysia. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *