Home » Langit Terbuka » Jangan korbankan Islam demi kejar kuasa

Jangan korbankan Islam demi kejar kuasa

Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman

Tolak usaha letakkan Islam setaraf agama lain

KUALA LUMPUR 6 Mei – “Jangan kerana kejar kuasa sehingga kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan terkorban.”

Demikian tegas bekas Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman kepada pengundi dan pemimpin Melayu dalam gabungan pembangkang PKR yang tidak sedar ‘jarum halus’ permainan politik DAP.

Kata beliau, setiap pindaan perkataan mengenai kepentingan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan yang termaktub dalam Perkara 3 haruslah atas tujuan memantapkan, bukan mengurangkan kuasanya dengan meletakkannya pada kedudukan yang sama dengan agama lain.

Tegas beliau, kalau orang Melayu suka agama Islam diubah menjadi agama rasmi maknanya itu bukan semakin maju tetapi semakin berundur dan perkara se­perti itu sepatutnya tidak berlaku.

‘‘Apabila Islam diletakkan sebagai agama Persekutuan, bermakna terdapat peruntukan khas disalurkan bagi membangunkan syiar Islam di negara ini tetapi kalau diletakkan sebagai agama rasmi dan sama taraf dengan agama-agama lain bermakna kita mengurangkan kelebihan tersebut.

‘‘Sanggupkah kita orang Melayu hendak mengorbankan kuasa Islam yang kukuh itu? Kena fikir daripada aspek perundangan dan kesannya juga, bukan mengejar kuasa semata-mata,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Dalam perkembangan sama, Sheikh Ghazali yang juga penerima Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2014 berkata, pemimpin dan ahli politik yang beragama Islam wajib mengukuhkan kedudukan Islam di negara ini termasuk memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah.

‘‘Jika kuasa dan kedudukan Islam dikurangkan, tidak mustahil mahkamah syariah akan menjadi institusi perundangan kelas kedua di negara ini dan sudah tentu keadaan itu amat menyedihkan,’’ katanya.

Sumber maklumat utama DAP, roketkini.com, parti yang didakwa Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai parti pelampau perkauman dan rasis menerima kedudukan Islam sebagai agama ‘rasmi’ negara.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Prof. Datuk Mahamad Naser Disa berkata, pemimpin-pemimpin DAP cen­derung mentakrifkan Islam sebagai agama ‘rasmi’ pada peruntukan tersebut, sekali gus memperlekehkan kekuatan sumpah Yang di-Pertuan Agong dalam memelihara agama negara. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *