Home » Langit Terbuka » Jangan mudah dedah gaya hidup, butir peribadi di laman sosial

Jangan mudah dedah gaya hidup, butir peribadi di laman sosial

Pendedahan gaya hidup dan kekayaan secara keterlaluan di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter boleh mengundang risiko.

HULU TERENGGANU 27 Jan. – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu mendedahkan kehidupan dan butir peribadi mereka di media sosial.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari berkata, pendedahan gaya hidup dan kekayaan secara keterlaluan di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter boleh mengundang risiko menjadi mangsa jenayah kekerasan dan siber serta penyalahgunaan data peribadi.

“Kita mungkin berniat mahu mempromosi perniagaan atau berkongsi aktiviti seharian tetapi secara tidak langsung telah mendedahkan maklumat peribadi penting yang dikhuatiri menarik minat penjenayah.

“Kes terbaharu, nyawa hampir hilang kerana selalu tayang (buat live) di Facebook,” katanya selepas merasmikan Mini Karnival Usahawan Desa Pusat Internet 1Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas insiden seorang peniaga dalam talian yang cedera parah selepas ditembak dan dikunci sekumpulan perompak di pejabatnya di Banggol Kulim, Rantau Panjang, Kelantan semalam.

Mangsa, Mohd. Irfan Abdullah, 26, dikatakan aktif membuat ‘live’ di laman sosial, Facebook untuk mempromosi perniagaannya menjual kosmestik, barangan kemas dan pakaian. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *