Ada pihak yang mahu umat Islam berpecah belah

SHAH ALAM 27 Jan. – Pengasas dan pengerusi Amanah Al-Wariseen dan Darul Jailani International, Al-Sheikh Afeefuddin Al-Jailani menyeru agar umat yang mencintai Rasulullah SAW, untuk tekadkan iltizam mengatasi kekeliruan masa kini yang dipermainkan oleh pihak yang ingin melihat perpecahan di kalangan umat Islam di dunia sekarang. Beliau berkata, selain itu terdapat ancaman dari para alim ulama dan ilmuwan yang […]

20 000 turut serta meraikan Maulid di Shah Alam

SHAH ALAM 28 Jan. – Dianggarkan seramai 20,000 umat Islam berhimpun di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini  bagi menyambut Maulidur Rasul SAW dan Haul Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani RA, 2018M/1439H. Program berkenaan adalah kolaborasi di antara pelbagai pihak termasuk Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Amanah Al-Wariseen dan Darul Jailani International. Program ini adalah […]

25 bakal jemaah umrah dakwa rugi RM178,600

Lagi kes tipu umrah di Kedah ALOR SETAR 27 Jan. – Seramai 25 orang kerugian sebanyak RM178,600 dipercayai ditipu oleh seorang wanita yang mendakwa wakil sebuah syarikat pengendali pakej umrah di ibu negara. Salah seorang mangsa, Siti Fatimah Osman, 68, berkata, dia bersama-sama bakal jemaah umrah lain hanya menyedari ditipu selepas tarikh asal mereka berlepas […]

Jangan mudah dedah gaya hidup, butir peribadi di laman sosial

HULU TERENGGANU 27 Jan. – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu mendedahkan kehidupan dan butir peribadi mereka di media sosial. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari berkata, pendedahan gaya hidup dan kekayaan secara keterlaluan di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter boleh mengundang risiko menjadi […]

Kerana ‘murid tidak sabar tunggu saya’, cikgu menang anugerah antarabangsa

PETALING JAYA 27 Jan. – Tiada apa yang dapat memberikan kepuasan buat seorang insan bergelar guru selain melihat anak didiknya menunjukkan keterujaan untuk menuntut ilmu. Noorjahan Sultan, 47, berkata sebagai guru bahasa Inggeris, beliau sentiasa mahu memastikan murid-muridnya meminati subjek tersebut. “Murid-murid berasa tidak sabar menunggu saya untuk belajar bahasa Inggeris. “Perasaan itulah yang memberi kepuasan […]

Mahasiswa perlu berani teroka peluang kerja hingga ke luar negara

KANGAR 27 Jan. – Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man menyeru para mahasiswa supaya berani meneroka pelbagai peluang pekerjaan walaupun hingga ke luar negara. Beliau berkata mahasiswa tidak harus hanya bergantung kepada kerja dalam negara atau negeri sendiri semata-mata, sebaliknya perlu bersifat lebih terbuka. “Mahasiswa juga tidak boleh mengharapkan kerja makan gaji sahaja, mereka […]

Op BAH isytihar tahun 2018 sebagai tahun sifar judi atas talian di KL

KUALA LUMPUR 27 – Operasi Banteras Aktiviti Haram atau dikenali sebagai Op BAH mengisytiharkan tahun 2018 sebagai tahun sifar judi atas talian di Kuala Lumpur. Ketua Penyelaras Operasi Banteras Aktiviti Haram Kementerian Wilayah Persekutuan, Azman Mahmood berkata, sejumlah 615 premis judi online yang dikenal pasti telah dihapuskan tahun lalu akan dipantau supaya tidak beroperasi semula. “Sekarang […]

Kanak-kanak Rohingya trauma kembali ke Myanmar

COX’S BAZAR 26 Jan. – Agensi-agensi bantuan menyifatkan program penghantaran semula masyarakat Rohingya ke negeri Rakhine di Myanmar hanya akan memberikan kesan buruk kepada kanak-kanak khususnya. “Kita tahu kanak-kanak yang telah trauma dan memerlukan rawatan pakar, keadaan mereka akan lebih teruk sekiranya dipaksa pulang,” kata Timbalan Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Justin […]

Kebangkitan umat Islam akan terus berlaku

PUTRAJAYA 27 Jan. – Kebangkitan umat Islam terutama dalam perjuangan membebaskan Baitulmuqaddis akan terus berlaku walaupun ditekan oleh pihak-pihak tertentu, tegas Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau berkata, kesedaran seluruh dunia meliputi negara-negara Islam dari benua ke benua akan terus kukuh dalam usaha menyelesaikan isu melibatkan Palestin. “Kita dapat […]

Pengilang laksa asid benzoik didenda RM10,000

KUALA LUMPUR 26 Jan. – Sebuah pengilang makanan yang mengeluarkan pelbagai jenis mi termasuk laksa didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menjual makanan mengandungi asid benzoik yang boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan jika dimakan untuk tempoh yang lama. Mengikut pertuduhan, EHH Food Industry Sdn. Bhd. yang diwakili Penyelia Operasinya, […]