Home » Langit Terbuka » JAWI akan ambil keterangan berhubung dakwaan Siti Kassim

JAWI akan ambil keterangan berhubung dakwaan Siti Kassim

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan mendapatkan keterangan mengenai dakwaan peguam Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim berhubung ibadah korban yang bercanggah dengan pandangan yang lazim, Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Pengarah Jawi, Abdul Aziz Jusoh berkata, masyarakat umum telah menyuarakan kegelisahan mereka kepada pihaknya berhu­bung dakwaan Siti Kassim itu dan meminta Jawi segera menyelesaikannya.
“Sebagai pihak diberikan kuasa untuk menjaga keharmonian Islam, Jawi akan mendapatkan keterangan mengenai dakwaan tersebut sebelum memutuskan tindakan bersesuaian menurut undang-undang.
“Tindakan ini akan dilakukan ke atas sesiapa yang menimbulkan kekeliruan dalam perkara agama Islam tanpa memilih sama ada mempunyai latar belakang pendidikan Islam ataupun sebaliknya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Siti Kassim dalam ucapan selamat hari rayanya baru-baru ini mendakwa bahawa al-Quran tidak pernah menyatakan mimpi Nabi Ibrahim AS untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail adalah daripada Tuhan.
Abdul Aziz berkata, Jawi menasihatkan sesiapa juga agar sebelum sesuatu pandangan mengenai hukum-hakam yang berlawanan dengan kefaha­man­ umum hendak dilontarkan, mereka perlulah merujuk terlebih dahulu kepada pi­hak berkuasa.
“Ini termasuk­lah Jabatan Mufti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), jabatan-jabatan agama tiap negeri atau pihak berkuasa agama setempat.
“Pendekatan ini perlu diamal­kan agar kekeliruan dalam mas­yarakat tidak akan berlaku,” katanya.
Menurutnya, pandangan yang mengelirukan itu boleh me­nim­bulkan kegelisahan dalam masyarakat dan ketenteraman ne­gara akan tergugat.
www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *