Home » Langit Terbuka » JAWI laksana proses 4P perkahwinan mulai 2 Oktober

JAWI laksana proses 4P perkahwinan mulai 2 Oktober

KUALA LUMPUR, 28 Sept. – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan melaksanakan proses 4P iaitu Perintah Pengesahan Pendaftaran Perkahwinan mulai 2 Oktober ini.
Pengarahnya, Abdul Aziz Jusoh berkata proses 4P memberi peluang kepada pasangan yang telah berkahwin atau berpoligami tetapi tidak mematuhi Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) untuk membuat pendaftaran perkahwinan di jabatan itu.
“Sehubungan itu mana-mana pasangan yang menepati syarat ditetapkan hendaklah membuat permohonan pendaftaran perkahwinan di JAWI sebelum urusan selanjutnya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Syarat-syarat permohonan 4P adalah pemohon perlu bermastautin di wilayah-wilayah persekutuan semasa perkahwinan dijalankan; perkahwinan yang belum didaftarkan di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Pejabat Agama Islam Daerah di Malaysia dan perkahwinan yang berlaku selepas 28 Jun 1984 iaitu selepas tarikh kuat kuasa Akta 303.
Proses 4P juga boleh dimohon oleh mereka melangsungkan perkahwinan berlawanan dengan Akta 303 seperti perkahwinan tanpa kebenaran mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri, poligami tanpa kebenaran Mahkamah Syariah dan perkahwinan di luar negara dan tidak didaftarkan selepas tempoh enam bulan dari tarikh perkahwinan.– BERNAMA

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *