Home » Langit Terbuka » Visa AS untuk umat Islam merosot

Visa AS untuk umat Islam merosot

WASHINGTON, 29 Sept. – Pengeluaran visa Amerika Syarikat (AS) kepada pelawat dari enam negara Islam, merosot 44 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lalu.
Menurut laporan Politico yang memetik data Jabatan Negara AS, pengeluaran visa kepada umat Islam dari negara yang tidak disenaraikan sebagai larangan memasuki AS, juga merosot lapan peratus.
Analisis Politico juga mendapati, 16 peratus penurunan pengeluaran visa dalam tempoh itu, membabitkan negara Arab. Jumlah visa pelawat dari Iran, Sudan, Somalia dan Libya mengalami penurunan paling ketara.
Presiden AS, Donald Trump sebelum ini, mengenakan larangan ke atas rakyat tujuh negara, termasuk Iraq, daripada memasuki AS. Bagaimanapun, ada mahkamah di negara itu menolak larangan berkenaan.
Pengkritik dan kumpulan hak asasi manusia menganggap perkara itu suatu diskriminasi terhadap negara Islam semata-mata. Namun, dakwaan ini disanggah oleh White House dengan menyatakan larangan berkenaan bertujuan melindungi negara daripada serangan militan.
Isnin lalu, Trump memasukkan Chad dan Korea Utara ke dalam senarai larangan itu, manakala larangan terhadap Sudan ditarik balik. – Agensi

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *