Home » Citra Yadim » Jejak Menara kembali untuk bakal mahasiswa

Jejak Menara kembali untuk bakal mahasiswa

Antara program Jejak Menara 2014

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menjemput semua para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2014 untuk hadir ke program Jejak Menara 2015 yang akan diadakan secara roadshow di 14 negeri seluruh Malaysia bermula 28 Februari 2015 sehingga 4 April 2015.

Bertemakan “Menjejak Peribadi Mencetus Inspirasi”, objektif program ialah bertujuan mendedahkan para peserta tentang laluan pendidikan tinggi selepas tamat persekolahan, memberi motivasi tentang keperluan peserta dalam penglibatan dakwah dan perkongsian pengalaman tentang realiti kehidupan sebagai mahasiswa supaya mereka bijak memilih jurusan dan seterusnya dapat membentuk kerjaya yang bersesuaian dengan mereka.

Para peserta juga akan didedahkan dengan cabaran-cabaran yang bakal mereka tempuhi untuk mengelakkan kejutan budaya dan pemikiran.

Di dalam program tersebut, para peserta akan diberi penerangan prospektus kursus dan kerjaya oleh pihak universiti, sesi motivasi bersama ikon Jejak Menara 2014 dan sesi perkongsian pengalaman bersama Sahabat Yadim yang merupakan penuntut IPT tempatan.

Program yang dianjurkan secara percuma ini menampilkan sekali lagi selebriti- selebriti terkenal dan ikon media sosial yang juga Ikon Dakwah Yadim seperti Yatt Hamzah, Heliza Helmi, Diana Amir, Diana Amir (AF Musim 4), Amin Idris (TV AlHijrah), Fadzli Aziz  (TV AlHijrah), Suffian Amrin (kumpulan nasyid Saujana & DJ Radio IKIM), Nabil Ahmad (kumpulan Fareast) dan ramai lagi. Turut serta adalah Ikon Dakwah YADIM yang mempunyai pengaruh luas dalam media sosial di dalam dan luar negara iaitu Dena Bahrin dan Aisyah Shakirah.

Lokasi-lokasi program Jejak Menara 2015 adalah di Dewan Utama, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kelantan (28 Feb), Dewan Gimnasium, Universiti Sultan Zainal Abidin (1 Mac 2015), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor (7 Mac), Dewan Seri Iskandar, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Perak (15 Mac), Dewan Bukit Kachi, Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah (17 Mac), Dewan UNIMAS (Kampus Timur), Sarawak (21 Mac), Auditorium Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur (21 Mac), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, Perlis (21 Mac), Grand Hall, International Islamic University Malaysia (IIUM), Kuantan (25 Mac), Dewan Bendahara UiTM, Alor Gajah, Melaka (28 Mac), Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan (28 Mac), Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah (28 Mac), Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM, Bangi, Selangor (1 April) dan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (4 April).

Untuk pendaftaran Jejak Menara 2015, sila SMS/ WhatsApp  JM<jarak>NEGERI<jarak>NAMA<jarak>NO MYKAD<jarak>FB hantar ke 013-3205860. Untuk pertanyaan sila hubungi talian 03-22820278, maklumat lanjut layari  www.facebook.com/Jejak Menara Yadim.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *