Home » Langit Terbuka » Serangan bom di ibu pejabat polis Lahore

Serangan bom di ibu pejabat polis Lahore

sumber
sumber

LAHORE, Pakistan: Sekurang-kurangnya tiga orang terkorban apabila sebutir bom meletup dalam serangan rambang dekat ibu pejabat polis di bandar Lahore, Pakistan, hari ini.

Lahore, bandar kedua terbesar yang dilihat agak liberal, terselamat daripada menjadi sasaran utama keganasan membabitkan militan Islam yang melanda negara itu sejak sedekad lalu.

Kejadian hari ini hanya beberapa meter dari pintu masuk ibu pejabat polis di tengah bandar berkenaan menyebabkan kepulan asap tebal kelihatan melepasi bangunan terbabit.

“Laporan awal menyebut ia adalah sebutir bom kereta tapi kami masih menyiasat punca sebenar letupan berkenaan. Sekurang-kurangnya tiga orang maut dalam letupan berkenaan,” kata pegawai kanan polis, Haider Ashraf.

Siaran televisyen menunjukkan beberapa kenderaan terbakar selepas letupan berkenaan dan menyebabkan serpihan kaca serta sisa runtuhan daripada bangunan berdekatan.

Kejadian berkenaan berlaku cuma beberapa hari selepas 22 maut dalam serangan berani mati di sebuah masjid Syiah di barat laut bandar Peshawar. – AFP

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *