Home » Citra Yadim » Jelajah Dakwah dan Kepimpinan YADIM ke sekolah-sekolah.

Jelajah Dakwah dan Kepimpinan YADIM ke sekolah-sekolah.

KAJANG – YADIM Selangor telah memulakan Jelajah Dakwah dan Kepimpinan ke Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah Kajang.

Pada 23 Jun lalu telah berlangsungnya program tersebut kepada pelajar-pelajar tingkatan enam sekolah itu yang juga terdiri daripada wakil kepimpinan pelajar.

Slot pengenalan Dakwah dan Kepimpinan telah disampaikan oleh Penyelaras YADIM Negeri Sembilan, Ustaz Mohd Khamis Mohamad Sani.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Encik Muhammad Faisal Abd Aziz turut terlibat menyampaikan pengisian tentang Pembangunan Nilai Kesejahteraan dan Daya Cipta Dalam Kalangan Pelajar.

Selain itu, penyerahan buku wakaf Sirah Nabawiyah turut disempurnakan oleh Encik Muhammad  Faisal kepada pihak sekolah.

Hadir sama ke program tersebut ialah Penyelaras YADIM Selangor, Encik Mohammad Izzuddin Mohamad Ares dan Penolong Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Cik Shuhada Ibrahim.

Program ini seterusnya akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Baharu tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *