Home » Citra Yadim » Tadabbur dan tazakkur warga kerja Hospital Banting.

Tadabbur dan tazakkur warga kerja Hospital Banting.

BANTING – YADIM Selangor dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam Hospital Banting meneruskan siri Tadabbur Al-Quran dan Sirah Nabawiyah bersama warga kerjanya.

Pada 26 Jun telah berlangsung program Tadabbur Al-Quran dan Sirah Nabawiyah siri 2 bersama warga kerja hospital terdiri daripada wakil doktor perubatan, jururawat, paramedik, ahli farmasi dan kakitangan Bahagian Pentadbirannya.

Slot tadabbur telah disampaikan oleh Daie Muda YADIM Hifdzi Zaim Zamri. Hadir sama ke program tersebut ialah Penyelaras YADIM Selangor, Encik Mohammad Izzuddin Mohamad Ares.

Diharapkan dengan kerjasama YADIM bersama kakitangan hospital ini akan menjadi titik tolak kelestarian dakwah selain menjelmakan konsep Hospital Mesra Ibadah dalam kalangan petugas perubatan di Selangor.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *