Home » YADIM MADANI » Jelajah Seminar Kenegaraan MADANI (Siri ke-3)

Jelajah Seminar Kenegaraan MADANI (Siri ke-3)

YADIM Negeri Selangor meneruskan Jelajah Seminar Kenegaraan MADANI dengan siri ketiga pada 25 April di Kolej Tingkatan Enam Pudu Jaya, Kuala Lumpur.
Siri ketiga program ini dihadiri 200 peserta pelbagai kaum dan latar belakang daripada kalangan pelajar tingkatan 6 kolej berkenaan.
Bertempat di Dewan Kolej Pudu Jaya, program ini dimulakan dengan sesi forum bertajuk “Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan dan Jaminan Hak Agama-Agama Lain” serta “Perpaduan Asas Pembinaan Negara Bangsa” yang menampilkan Daie Muda YADIM, Siti Fatimah Khairuddin selaku moderator serta Pengarah Urusan Tetuan Adnan Sharida & Associate, Datuk Adnan Seman dan Peguam Syarie, Tuan Norazmir Zakaria selaku panel forum tersebut.
Dalam forum tersebut, para panel menyentuh tentang peranan anak muda dalam mendepani cabaran era Malaysia Madani dan tanggungjawab menjadi ejen perpaduan selain penyalur maklumat yang tepat pada masyarakat.
Ucapan aluan program telah disampaikan oleh Pengetua Kolej Tingkatan Enam Pudu Jaya, Puan Aminah Daud sebelum Pengarah YADIM Negeri Selangor, Encik Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof merasmikan merasmikan jelajah seminar ini.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Hal Ehwal Pelajar, Puan Noorlia Arshad turut hadir pada majlis tersebut.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *