Home » YADIM MADANI » Majlis Penutup Seminar Kenegaraan Madani

Majlis Penutup Seminar Kenegaraan Madani

PEMIMPIN Ulung Indonesia, Bapak Soekarno pernah berkata,”Berikan aku 1,000 orang tua, nescaya akan ku cabut semeru daripada akarnya, dan berikan aku 10 pemuda nescaya akan ku goncangkan dunia!
”Anak muda sinonim dengan tenaga, kudrat dan kreativiti. Sebenarnya anak muda perlu diberikan ruang kebebasan untuk berkarya mengikut bidang kepakaran masing-masing,”.
Demikian ucapan Pengarah YADIM Negeri Selangor, Encik Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof ketika berucap di majlis penutup Seminar Kenegaraan Madani di Kolej Tingkatan Enam Desa Mahkota, Damansara Damai, Kuala Lumpur pada 24 April.
Turut memetik ungkapan popular filem Spiderman, “With great power comes great responsibility” beliau juga menyeru para pelajar yang hadir menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk mencorak masa depan dan tidak terbawa-bawa dengan sentimen kebencian di media sosial.
Terdahulu, pengamal undang-undang, Dato’ Adnan Seman dan Tuan Muhammad Nur Hafiz Roslan menjadi panel forum seminar kali ini yang dimoderatorkan oleh Daie Muda YADIM, Siti Fatimah Khairudin dengan tajuk “Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan dan Jaminan Hak Agama – Agama Lain” serta “ Perpaduan Asas Pembinaaan Negara Bangsa”.
Program Jelajah Seminar Kenegaraan Madani Siri Ke 2 ini disertai seramai 300 orang pelajar dan guru-guru Tingkatan Enam daripada pelbagai bangsa.
Pengetua Kolej Tingkatan 6 Desa Mahkota, Mohd Yusof Ibrahim serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Hal Ehwal Pelajar, Puan Noorlia Arshad turut hadir ke program ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *