Home » YADIM MADANI » Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk pelajar tingkatan 6 seluruh Kuala Lumpur.
Siri pertama program ini dihadiri 300 peserta daripada kalangan pelajar tingkatan 6 dan guru-guru dari sekolah St. Johns Institution, Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Setapak dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa.
Bertempat di Auditorium Tan Sri Abdul Rafie, Jalan Duta, program ini dimulakan dengan sesi forum bertajuk “Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan dan Jaminan Hak Agama-Agama Lain” serta “Perpaduan Asas Pembinaan Negara Bangsa” yang menampilkan Ketua Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Industri Selangor, Dr. Ab Razak Aripin dan Pengarah Urusan Tetuan Nur Hafiz & Associates, Encik Muhammad Nur Hafiz Roslan
Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin telah merasmikan jelajah seminar ini dengan diiringi oleh Pengarah Pendidikan JPWPKL, Tuan Haji Roslan Abu Hassan.
Dalam ucapannya, Ustaz Zamri menyentuh tentang peranan anak muda dalam mendepani cabaran era Madani dan tanggungjawab menjadi ejen perpaduan selain penyalur maklumat yang tepat pada masyarakat
Siri seterusnya program ini akan diadakan di Kolej Desa Mahkota dan Kolej Pudu Jaya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *