Home » YADIM MADANI » Seminar Kenegaraan Madani di IPGKRM

Seminar Kenegaraan Madani di IPGKRM

SISWA Guru sebagai bakal pendidik turut menjadi keutamaan melestari gerakan dakwah oleh YADIM Negeri Sembilan dan Melaka.
Justeru, pada 17 April, seramai 200 bakal guru berkenaan telah mengikuti program Seminar Kenegaraan Madani di Institut Pendidikan Guru Raja Melewar (IPGKRM) anjuran YADIM Negeri Sembilan.
Selaras dengan gerak kerja menyantuni semua tanpa mengira latar belakang, program ini turut menerima penyertaan seramai 50 orang siswa guru bukan Muslim.
Dimulakan dengan ceramah ‘Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan’ oleh Encik Haslizar Rozally selaku Penolong Pengarah Kanan Akademi Kenegaraan Malaysia.
Program kemudiannya diteruskan dengan Forum Madani : Perpaduan Asas Pembinaan Negara Bangsa. Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, dan Encik Ahmad Dzul Aiman Zulkefly dan Penolong Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM, Ustaz Husnaini Mongin merupakan panel bagi forum ini.
Pengerusi Rakan Siswa YADIM IPGKRM, saudara Abdul Basir Muhamad pula bertindak selaku moderator.
Pengisian seterusnya disampaikan oleh Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Encik Ahmad Saparudin Yusup yang membawa tajuk ’Peranan Belia Dalam Penghayatan Teras Malaysia Madani’.
Perasmian penutupan program disempurnakan oleh Pengarah YADIM Negeri Sembilan dan Melaka, Ustaz Abdul Halim Ismail selepas ucapan aluan yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah IPGKRM, Encik Mohd Khadri Fazil Rahman

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *