Home » Citra Yadim » Jelajah U-Need Sukarelawan YADIM di Kapit

Jelajah U-Need Sukarelawan YADIM di Kapit

SIRI Jelajah U-Need Sukarelawan YADIM menjadikan Kapit sebagai lokasi terbaharu pada 16 Februari.
Dengan kehadiran seramai 21 anggota SAY, program ini telah diadakan di Surau An Nur, Kampung Muhibbah, Kapit.
Antara yang dibincangkan dalam pertemuan ini ialah mengenai peranan dan tanggung jawab organisasi pasukan SAY di Kapit selain cadangan program ketika Ramadan seperti aktiviti berbuka puasa dan pengisian al Kahfi, street dakwah, gotong royong menyediakan bubur lambuk serta ziarah kasih Ramadan.
SAY di Kapit turut mencadangkan agar diberikan latihan kepada anggotanya tentang pengurusan bencana dan pengendalian bot, kerana kawasan ini kerap kali terjadi bencana banjir.
Perbincangan ini juga mengenal pasti beberapa rakan kerjasama bagi melestari gerakan dakwah di Kapit iaitu Unit Saudara Kita Majlis Islam Sarawak, rakan badan bukan kerajaan HIKMAH, Jawatankuasa Surau An Nur Kapit dan Ketua Kampung Muhibah.
Turun padang ke Kapit dalam program ini ialah pegawai Bahagian Khidmat Bakti YADIM iaitu penolong Pengarahnya, Encik Abdul Qaiyum Aris dan Encik Mohd Noor Faiz Rahmat dan daripada pejabat YADIM Negeri Sarawak, Mohd Subri Rafa-ee serta Afsan Mohamad.

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *