Home » Citra Yadim » Program Jom Ke Sekolah di Port Dickson

Program Jom Ke Sekolah di Port Dickson

Keberadaan bersama masyarakat dizahirkan YADIM Negeri Sembilan dan Melaka menerusi inisiatif menyantuni golongan yang memerlukan menerusi Program Jom Ke Sekolah pada 16 Februari.
Dengan kerjasama Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebagai penaja utama, syarikat Sport Recreation Community Club serta ABIM sebagai urus setia bersama, seramai 500 pelajar menerima sumbangan sebagai inisiatif membantu persiapan mereka menghadapi sesi persekolahan kali ini.
Program dilaksanakan di dua lokasi di Port Dickson iaitu Sekolah Kebangsaan Sunggala dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Panjang.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan telah turun padang menyampaikan sumbangan di kedua lokasi ini.
Hadir sama ialah Pengarah YADIM Negeri Sembilan dan Melaka, Ustaz Abdul Halim Ismail serta wakil Sport Recreation Community Club dan ABIM.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *