Home » Langit Terbuka » Jepun tidak pindah kedutaan ke Baitulmaqdis

Jepun tidak pindah kedutaan ke Baitulmaqdis

SHINZO Abe ketika bertemu Mahmud Abbas di Ramallah. - Foto Reuters

RAMALLAH (Palestin): Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe memaklumkan Presiden Palestin, Mahmud Abbas bahawa Tokyo tidak akan memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis, iaitu kira-kira dua minggu sebelum Amerika Syarikat melaksanakan tindakan berkenaan.

Menurut laporan media tempatan, keputusan itu dimaklumkan oleh Abe kepada Mahmud dalam satu pertemuan, di sini.

“Kami tidak akan memindahkan kedutaan kami ke Baitulmaqdis,” kata Abe dalam satu kenyataan yang dipetik oleh agensi berita rasmi Palestin, Wafa.

Amerika Syarikat dijadual memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis pada 14 Mei ini dan keputusan itu menimbulkan kemarahan rakyat Palestin yang menganggap bahagian timur bandar itu sebagai ibu kota negara berkenaan.

Sementara itu, Wafa melaporkan, bahawa Perdana Menteri Jepun itu turut mengulangi sokongan negaranya terhadap pembentukan negara Palestin yang merdeka dalam rangka penyelesaian dua negara.

“Mahmud menyatakan penghargaannya terhadap sokongan yang diberikan oleh Abe kepada rakyat Palestin dan memaklumkan Perdana Menteri Jepun itu bahawa rakyat Palestin bersedia untuk bekerjasama bagi memastikan proses keamanan yang diusahakan masyarakat antarabangsa berjaya dicapai.

“Bagaimanapun, ia perlu dilaksanakan mengikut undang-undang antarabangsa dan menjamin pembentukan negara Palestin,” kata Mahmud yang dipetik oleh Wafa. – AFP

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *