Home » Langit Terbuka » JKSM diarah pastikan institusi kehakiman syariah tegak keadilan – Mohd Na’im

JKSM diarah pastikan institusi kehakiman syariah tegak keadilan – Mohd Na’im

MOHD. NA'IM MOKHTAR - Foto bebasnews

PUTRAJAYA: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah diarahkan untuk memastikan institusi kehakiman syariah itu berfungsi dalam menegakkan keadilan serta mengamalkan budaya kerja profesional, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mohd Na’im berkata langkah itu bagi memastikan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memperkasakan Mahkamah Syariah dapat dilaksanakan.

Katanya, adalah menjadi tanggungjawab institusi Mahkamah Syariah untuk menegakkan keadilan demi kemaslahatan masyarakat seperti terkandung dalam al-Quran.

“Melalui keadilan dalam perundangan dan kekeluargaan, ia dapat memperkukuh institusi kekeluargaan yang berpegang teguh kepada nilai agama selain mengelak berlakunya keruntuhan rumahtangga.

“Institusi Mahkamah Syariah juga menjadi rujukan khidmat nasihat serta menyelesaikan masalah kekeluargaan selaras dengan tuntutan agama,” katanya.

Semalam, Al-Sultan Abdullah ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Mahkamah Syariah Bera, Pahang telah bertitah agar pengurusan Mahkamah Syariah termasuk kedudukan hakim dan peguam syarie perlu terus diperkasa dan ditambah baik bagi menambah kewibawaan sistem perundangan Islam di negara ini.

Seri Paduka Baginda turut bertitah agar Mahkamah Syariah mesti bijak menggunakan kuasa budi bicara dan sentiasa berlaku adil kepada semua pihak dalam membuat keputusan terutamanya dalam menyelesaikan kes kekeluargaan dan jenayah syariah.–AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama

Wacana Integriti YADIM bersama pihak SPRM

KOMITED Untuk telus dalam setiap urusan melestari gerakan dakwahnya, YADIM merangka beberapa program dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada 30

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *