Home » Langit Terbuka » Johari sangkal dakwaan negara akan muflis

Johari sangkal dakwaan negara akan muflis

SABAK BERNAM 4 Sept.  – Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani menolak dakwaan bahawa negara bakal muflis tahun depan seperti yang tersebar di media sosial.

Beliau berkata dakwaan berkenaan ditulis berdasarkan fakta yang direka dan tindakan itu amat tidak bertanggungjawab.

“Rakyat tidak perlulah terpengaruh dengan berita yang tidak sah ini, mana mungkin negara boleh muflis hanya kerana sebuah syarikat milik kerajaan mengalami masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Sabak Bernam di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh.

Johari berkata penyebaran berita berkenaan sama seperti dakwaan kononnya Lembaga Tabung Haji (TH) mengalami masalah kewangan sebelum ini, namun berita itu tidak benar.

“Orang ramai yang percaya dengan berita itu ada yang bertindak mengeluarkan duit mereka,” katanya. – Bernama

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *