Home » Langit Terbuka » Johor bincang tindakan dan tarbiyah ke atas transgender

Johor bincang tindakan dan tarbiyah ke atas transgender

Johor akan mengadakan perbincangan bersama mufti dan majlis fatwa dan sebarang keputusan akan diputuskan majlis fatwa negeri yang dipengerusikan mufti Johor. - Foto APA

JOHOR BAHRU – Isu tindakan dan tarbiah transgender akan menjadi fokus Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dalam mesyuarat penuh badan itu pada 28 Julai ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Tosrin Jarvanthi berkata perbincangan itu nanti akan melibatkan majlis fatwa negeri, dan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

“Kita akan cuba bawa fokus sendiri dengan kerjasama pihak berkaitan seperti jawatankuasa pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

“Kita akan rancang bersama mufti Johor dan majlis fatwa dan sebarang keputusan akan diputuskan majlis fatwa negeri yang dipengerusikan mufti Johor,” katanya pada sidang media program pejabat wakil rakyat di Bandar Putra Kulai, Johor.

Pada 10 Julai lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberikan ‘lesen penuh’ kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan terhadap transgender.

Tindakan tersebut jelas Zulkifli boleh dibuat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Zulkifli percaya langkah itu supaya golongan terbabit dapat kembali ke pangkal jalan. – AlHijrahOnline

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *