Home » Citra Yadim » Cuci Cuci Pasca Covid-19 di Madrasah Darul Ulum

Cuci Cuci Pasca Covid-19 di Madrasah Darul Ulum

PASIR PUTEH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 19 Julai telah mengadakan program Cuci Cuci Pasca Covid-19 & Musa’adah Covid-19 di Madrasah Darul Ulum di sini.

Bermula jam 9 pagi, kakitangan YADIM Kelantan dan pihak madrasah telah sama sama membersihkan tandas, surau, pondok pengajian dan kawasan sekitar madrasah ini.

Pengisian lain program termasuklah solat Dhuha berjemaah dan serta kuliah oleh penceramah bebas, Ustaz Mokhtar Yaacob.

Di program ini juga YADIM Kelantan menyampaikan sumbangan kepada 40 penerima terdiri daripada tenaga pengajar madrasah, pelajar dan warga miskin terpilih dari kawasan berdekatan.

Kesemua mereka menerima barangan keperluan harian bagi meringankan beban keluarga.

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Mejar (B) Zaidi Abd Halim.

Program ini turut mendapat kerjasama pasukan Sukarelawan Al Rahmah Pasir Puteh.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *