Home » Langit Terbuka » JOHOR RANGKA PELAN CEGAH ANCAMAN LGBT

JOHOR RANGKA PELAN CEGAH ANCAMAN LGBT

Gambar Hiaasan. -Foto Arkib

JOHOR BAHRU- Kerajaan Johor akan merangka pelan bagi mencegah ancaman gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata pendekatan baharu akan diambil dan mesra orang muda berikutan budaya LGBT pada masa ini dilihat semakin membimbangkan serta menjadi ikutan terutama membabitkan golongan itu.

Beliau berkata Bahagian Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) juga telah mempunyai modul dan perancangan dalam usaha mencegahnya.

“Kita tidak mahu terlepas pandang kelompok orang muda iaitu mereka inilah yang diuji dengan cabaran sebegini.

“Saya yakin kita ada modul yang telah ditambah baik dan akan dilaksana secara berperingkat seluruh Johor… program bukan hanya bersifat ceramah tetapi kita ambil pendekatan, pengisian dan aktiviti untuk orang muda,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Simposium Kaunseling Islam ‘Pelangi Islam’ Peringkat Johor di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri pada masa sama akan memperkenalkan Dasar Wanita Johor di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) bagi memperkasakan golongan itu yang antara lain akan turut memberi penekanan mengenai LGBT.

Mohd Fared berkata Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan JAINJ akan bekerjasama dalam menyumbang idea bagi menjayakan dasar itu.

“Dasar Wanita Johor ini akan merangkumi pendidikan, undang-undang, keluarga dan penguatkuasaan bagi memperkasa mereka dengan peranan pendidikan Islam dan keluarga kita (MAINJ dan JAINJ) akan menyumbang dari segi idea dan pelaksanaannya,” katanya. – AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *