Home » Citra Yadim » Pertemuan Pertama Barisan Felo Akademi Daie Muda YADIM

Pertemuan Pertama Barisan Felo Akademi Daie Muda YADIM

PUTRAJAYA – Pertemuan pertama Felo Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif badan dakwah ini, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh selaku Pengerusi ADMY pada 23 Ogos.

Barisan Felo ADMY dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Zul Ramli M Razali selaku Felo Utama dan barisan felo-felo lain ialah Bro Shah Kirit dan Dr Athiroh Tan Ai Pao.

Pertemuan ini bagi membincangkan tentang gerak kerja dan mentoring yang akan dijalankan sepanjang tempoh Akademi Daie Muda YADIM berlangsung.

Beberapa kata putus telah dipersetujui bagi melahirkan pendakwah muda yang mempunyai sahsiah diri mantap dan penguasaan ilmu agama yang hebat.

ADMY kali ini telah bermula selama empat bulan dengan para pelatih ditempatkan di Institut Latihan Dakwah YADIM di Hulu Langat.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *