Home » Langit Terbuka » Jongkong emas, Myvi menanti pelanggan bertuah Ar-Rahnu Yapeim

Jongkong emas, Myvi menanti pelanggan bertuah Ar-Rahnu Yapeim

Abibullah (tengah) bersama Pengarah Kanan Pembangunan Sosioekonomi Komunikasi Korporat Yapeim, Mohammad Zamri Zakaria (dua dari kiri) dan Pengarah Kanan Perundangan, Sumber Daya Insani dan Kualiti Yapeim, Sharina Ramli (dua dari kanan) menunjukkan poster promosi cabutan bulanan dan bonanza Ar-Rahnu Yapeim dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini. -

 

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Hadiah lumayan berupa 2,233 jongkong emas dan 10 buah Perodua Myvi menanti pelanggan bertuah Ar-Rahnu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abibullah Samsudin berkata, cabutan bagi penerima jongkong emas seberat satu gram akan dilaksanakan secara bulanan mulai 1 Mac hingga 31 Disember.

Bagi hadiah bonanza Perodua Myvi pula, beliau memberitahu, cabutan akan diadakan pada penghujung Januari 2019.

“Tawaran ini merupakan penghargaan kami kepada pelanggan yang setia memilih Ar-Rahnu Yapeim sebagai pajak gadai pilihan mereka.

“Selain itu, kami juga berharap usaha ini mampu menarik lebih ramai orang menjadikan pajak gadai Islam sebagai urus niaga pilihan,: katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Orang ramai boleh berkunjung ke mana-mana cawangan Ar-Rahnu Yapeim yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *