Home » Langit Terbuka » Tabung Haji umum hibah 6.25 peratus

Tabung Haji umum hibah 6.25 peratus

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (tiga, kiri) menunjukkan hibah atau bonus Lembaga Tabung Haji (TH) 2017 sebanyak 6.25% sambil disaksikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (dua, kiri) dan Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (empat, kanan) serta Anggota Lembaga Pengarah Tabung Haji pada Majlis Pengumuman Hibah atau Bonus Lembaga TH 2017 di Kompleks Islam Putrajaya hari ini Foto -BERNAMA

PUTRAJAYA 7 Feb. – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) hari ini mengumumkan agihan hibah atau bonus bagi tahun kewangan 2017 pada kadar 6.25 peratus, termasuk tambahan hibah haji sebanyak 1.75 peratus kepada pendeposit yang belum pernah menunaikan haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, bayaran hibah itu secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada 9.3 juta pendeposit manakala tambahan hibah haji akan memanfaatkan 8.7 juta pendeposit yang belum pernah menunaikan haji.

Beliau berkata, agihan hibah yang membabitkan jumlah sebanyak RM2.7 bilion itu juga akan memberi manfaat kepada 600,000 pendeposit yang telah menunaikan haji.

“Pengagihan hibah ini telah mengambil kira pembayaran zakat sebanyak RM68 juta kepada semua Pusat Pungutan Zakat Negeri (PPZ) dan juga kepada asnaf-asnaf yang layak di seluruh negara,” katanya semasa mengumumkan agihan hibah Tabung Haji 2017 di sini hari ini.

Yang turut hadir timbalannya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki; Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim serta Pengarah Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Johan Abdullah. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *