Home » Langit Terbuka » Jordan mansuh undang-undang perogol tak dipenjara jika kahwini mangsa

Jordan mansuh undang-undang perogol tak dipenjara jika kahwini mangsa

AMMAN, 2 Ogos – Ahli politik Jordan semalam, mengundi memansuhkan undang-undang yang membenarkan perogol mengahwini mangsanya bagi mengelak dipenjarakan.

Penjenayah serangan seksual lain juga sebelum ini dapat mengelak daripada dipenjarakan jika mereka mengahwini mangsa.

Aktivis sosial memuji pemansuhan itu, seminggu selepas Tunisia memansuhkan undang-undang yang sama, sebagai langkah penting mengakhiri ‘keistimewaan’ bagi pesalah serangan seksual.

Kempen besar-besaran sebelum ini dilancarkan di negara Timur Tengah, termasuk Algeria, Lubnan dan Iraq, yang membenarkan hidup seorang gadis terus berada dalam cengkaman penjenayah seksual yang mengahwininya.

“Langkah pemansuhan itu adalah pencapaian bersejarah bagi Jordan,” kata perunding Equality Now berpangkalan di London, Suad Abu-Dayyeh.

Ahli Parlimen Jordan yang berkempen bagi memansuhkan undang-undang itu, Wafa Bani Mustafa berkata, keluarga mangsa biasanya setuju dengan perkahwinan itu demi mengelak malu, namun tidak sepatutnya mana-mana gadis dijadikan ‘hadiah’ kepada perogol.

Aktivis juga berharap Lubnan akan mengikut jejak Jordan memansukan undang-undang yang sama. – Agensi

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *