Home » Langit Terbuka » Jumlah jemaah Solat Jumaat ikut kapasiti masjid, solat fardu 1/3 dewan solat

Jumlah jemaah Solat Jumaat ikut kapasiti masjid, solat fardu 1/3 dewan solat

Ketetapan baharu dimaklumkan JAWI itu, telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan kebenaran itu akan berkuat kuasa mulai 10 Disember 2020. - Foto BebasNews

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengumumkan ketetapan baharu pelaksanaan solat Jumaat dan solat lima waktu serta penganjuran aktiviti keagamaan di masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan di zon hijau, kuning, jingga dan merah.

Menurut Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail, ketetapan baharu itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Jelas Ajib, bagi kawasan PKPP, masjid dan surau Jumaat di zon hijau, kuning dan jingga dibenarkan solat Jumaat dengan bilangan jemaah mengikut kapasiti masjid dan surau Jumaat, manakala solat fardu lima waktu dibenarkan dengan kapasiti 1/3 dari keluasan dewan solat utama tertakluk penjarakan fizikal 1 meter.

“Masjid dan surau Jumaat di zon merah dibenarkan solat Jumaat dengan bilangan maksimum 12 orang jemaah dan solat fardu lima waktu dengan bilangan maksimum 3 orang jemaah tertakluk penjarakan fizikal 1 meter.

“Surau di zon hijau, kuning dan jingga dibenarkan solat fardu lima waktu dengan kapasiti 1/3 dari keluasan dewan solat utama, manakala di zon merah dengan bilangan maksimum 3 orang jemaah tertakluk penjarakan fizikal 1 meter,” katanya dalam surat pekeliling kepada pengurusan masjid dan surau di Wilayah Persekutuan.

Bagi kawasan PKPB pula, Ajib berkata masjid dan surau Jumaat di zon hijau, kuning dan jingga dibenarkan solat Jumaat dengan kapasiti 1/3 dari keluasan dewan solat utama, manakala solat fardu lima waktu dibenarkan dengan bilangan maksimum 40 orang jemaah tertakluk penjarakan fizikal 1 meter.

“Masjid dan surau Jumaat di zon merah dibenarkan solat Jumaat dengan bilangan maksimum 12 orang jemaah dan solat lima waktu dengan bilangan maksimum 3 orang jemaah tertakluk penjarakan fizikal 1 meter.

“Surau di zon hijau, kuning dan jingga dibenarkan solat fardu lima waktu dengan kapasiti 1/3 dari keluasan dewan solat utama, manakala di zon merah dengan bilangan maksimum 3 orang jemaah tertakluk penjarakan fizikal 1 meter,” katanya.

Sementara itu Ajib berkata ketetapan terbaharu itu turut melibatkan aktiviti keagamaan.

“Masjid, surau Jumaat dan surau di zon hijau, kuning dan jingga di kawasan PKPP atau PKPB dibenarkan mengadakan aktiviti keagamaan seperti kuliah, tazkirah, kelas pengajian Quran dan seumpamanya, manakala masjid, surau Jumaat dan surau di zon merah tidak dibenarkan,” katanya.

Ujar beliau ketetapan tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan kebenaran itu akan berkuat kuasa mulai 10 Disember 2020. — AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *