Home » Langit Terbuka » Jurumandi jenazah dapat bayaran one-off

Jurumandi jenazah dapat bayaran one-off

Bajet 2018 turut menyediakan bantuan one-off kepada jurumandi dan pembantu jurumandi jenazah. (gambar hiasan)

KUALA NERUS- Kerajaan Negeri melunaskan janji dalam Bajet 2018 yang dibentangkan 11 Disember lalu dengan membuat bayaran khas one-off kepada beberapa kumpulan sasar, termasuk jurumandi jenazah.

Bayaran khas berjumlah RM198,500 diserahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar.

Bantuan one-off sebanyak RM500 seorang itu akan diberikan kepada 234 jurumandi dan 163 pembantu jurumandi jenazah negeri ini.

Selain itu, imam, bilal dan guru takmir negeri ini turut menerima bayaran khas one-off RM1,500, berjumlah RM14.3 juta manakala kepada guru Kafa Terengganu berjumlah RM43.2 juta.

Najib dalam ucapan perasmiannya berkata, kerajaan memahami keluh kesah rakyat terutamanya dalam menangani kos sara hidup.

“Sebab itu pada 2018, kita beri dana dan sumbangan yang belum pernah kita lakukan. Nelayan, pekebun kecil, pesawah padi, tok imam, tok siak, tok batin dan ketua kampung pun dapat bantuan.

“Apa yang menarik, ia ditokok tambah kerajaan negeri , malah di Terengganu, jurumandi jenazah pun dapat. Ini adalah tanda kecaknaan kita kepada rakyat,” katanya pada Majlis Perasmian Penutup Ekspo Terengganu 2018 yang berlangsung di pekarangan Kompleks Sukan Negeri, hari ini.

Pada majlis itu juga, sejumlah RM289,769.60 diberikan bagi membantu pemandu teksi dan pemandu bas Terengganu.

Bantuan itu merangkumi RM76,870.80 bayaran kepada Perkeso, RM193,098.80 bantuan kepada pemandu teksi dan bas dan RM19,800 bantuan kepada bas yang memberi manfaat kepada 518 pemandu teksi dan 39 pemandu bas. – SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *