Home » Langit Terbuka » Michael Ang minta maaf

Michael Ang minta maaf

SUSULAN teguran dibuat komposer dan penyanyi kumpulan VE, Damian Mikhail kepada Michael Ang, semalam, pengarah itu tampil memohon maaf.

“Apa yang berlaku, saya ambil sebagai satu ujian atas keterlanjuran kata-kata. Kepada yang komen menghina dan negatif tetapi saya sudah padamkan , saya sudah maafkan.

“Sekali lagi saya minta maaf! Tidak terdetik pun di hati untuk menghina sesiapa. Masih tak percaya, terpulanglah!” tulis Michael di laman sosial Instagramnya, hari ini.

Selain itu, Michael turut memuat naik video pendek menyatakan permohonan maaf yang sama, lewat malam tadi.

Susulan tindakan permohonan maaf itu, Damian meminta peminat dan netizen agar tidak lagi mengecam pengarah filem Kimchi Untuk Awak itu.

Sebelum ini, Damian menyelar tindakan pengarah popular, Michael Ang yang dikatakan mempersendakan Islam dalam video tular terbaru dimuat naik di laman Youtube.

Dia juga berdoa semoga Michael dikurniakan hidayah dan sudi membimbing sekiranya Michael mahukan bantuan bagi mendapatkan penjelasan mengenai keindahan Islam pada masa depan.

Sebelum ini, pengarah popular itu memuat naik video komen berkaitan isu pelancaran tudung terbaru Neelofa di sebuah pusat hiburan, baru-baru ini.

Di dalam komen itu, dalam nada sinis, Michael mendakwa, mungkin tiada masalah jika dia mahu sewa pusat hiburan itu untuk mengadakan majlis tahlil selepas ini. – HARIAN METRO

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *