Home » Langit Terbuka » Juruterbang dituduh tembak MH17 bunuh diri

Juruterbang dituduh tembak MH17 bunuh diri

Kapten Vladyslav Voloshyn

LONDON: Juruterbang tentera Ukraine yang dituduh oleh Russia menembak jatuh pesawat penerbangan Malaysia MH17 pada 2014, ditemui mati akibat membunuh diri dengan pistol, lapor media Ukraine, hari ini.

Kapten Vladyslav Voloshyn mengecam tuduhan Russia itu yang dianggapnya sebagai satu penipuan.

Penyiasat Belanda memutuskan bahawa sistem peluru berpandu antipesawat Buk buatan Russia yang menembak jatuh jet Boeing 777 dan membunuh semua 298 penumpang.

Dalam kejadian 17 Julai 2014 itu pesawat berkenaan dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Menurut BBC, media Ukraine yang memetik polis melaporkan, Voloshyn menembak mati dirinya sendiri di rumahnya di Mykolaiv berhampiran Laut Hitam, semalam.

Ukraine menganggap Voloshyn sebagai wira perang.

Voloshyn menjalankan 33 misi pertempuran dengan mengendalikan jet tempur Su-25 ketika menyerang pemberontak yang disokong Russia di timur Ukraine.

Anggota keluarga dipetik media Ukraine berkata, Voloshyn sebelum ini mengalami kemurungan.

Mereka berada rumah flat itu ketika Voloshyn menembak dirinya dengan pistol.

Voloshyn dibawa ke hospital dengan ambulans tetapi disahkan sudah meninggal dunia. – HARIAN METRO

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *